• Mari ber-Carousell

    Snap, list dan sell untuk kumpulkan duit Raya!

  • Jual di Carousell

    Lagi Cepat, Lagi Senang, Lagi Selamat!

    DAPATKAN DUIT LEBIH UNTUK RAYA

    Setiap hasil dari penjualan di Carousell adalah untuk anda!

    Tiada cas tambahan atau cas tersembunyi apabila anda menjual di Carousell! Tetapkan harga barang dan mulakan menjual!

    JUAL YANG LAMA, BELI YANG BARU

    Jual barangan yang tidak diperlukan, untuk dapatkan yang baru!

    Masih menggunakan model iphone atau galaxy S yang lama? Teringin untuk memiliki model baru? Bosan dengan pakaian sedia ada? Merancang untuk mengemas almari anda? Jual sahaja di Carousell! Jual barangan yang anda tidak lagi gunakan, untuk dapatkan yang baru!

    SAYANG NAK BUANG? JUAL!

    Jual barang kesayangan anda, beri peluang kepada orang lain untuk mencipta memori baru dengannya.

    Banyak sangat barang tapi terlalu sayang untuk buang? Anda rasa barang anda masih berguna kepada orang lain? Jual sahaja di Carousell! Mungkin ini akan memberi manfaat kepada orang lain!

  • EID'S RAYA BONANZA PARTY

    Sertai ‘listing party’ dan anda berpeluang untuk memenangi hadiah menarik!

    Sertai 'listing party' sepanjang bulan Ramadan dan senaraikan barangan anda untuk dijual mengikuti tema minggu tersebut. Anda berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah lumayan! Jangan lepaskan peluang ini!

  • KISAH PENGGUNA

    Memori-memori manis dari Carousellers!

    Bisnes yang dimulakan di Carousell

    Selepas berkahwin, saya menjadi suri rumah sepenuh masa. Apabila saya mengetahui tentang Carousell, ia telah membuka satu peluang baru bagi saya. Saya menggunakan Carousell untuk menjual kraftangan buatan sendiri, selain daripada menjadi suri rumah sepenuh masa. Kini, saya adalah seorang Event Planner dan saya menjual bunga kertas buatan sendiri untuk ditempah bagi majlis perkahwinan. Harapan saya adalah untuk menggembirakan pasangan pengantin dengan memberikan mereka satu hari yang sempurna.

     

    Saya berasa amat gembira kerana dapat memberikan yang terbaik kepada pengguna Carousell yang lain. Carousell merupakan satu platform dimana anda boleh menjalankan urusan jual beli dengan harga yang berpatutan! Bukan sekadar bual kosong, tetapi Carousell telah membantu saya dalam perniagaan yang saya jalankan.

    - @sweetweddingmalaysia

    (diterjemahkan dari Bahasa Inggeris)

    Tips menjual dari peminat barangan vintaj

    Perniagaan yang saya jalankan adalah jualan barangan fotografi vintaj, terutamanya filem kamera dan lensa manual vintaj dan saya menjual barangan tersebut di Carousell. Sebab utama saya memilih Carousell adalah kerana ianya adalah percuma. Tambahan pula, Carousell mempunyai komuniti yang besar yang juga peminat barangan vintaj.

     

    Apabila anda ingin menjual di Carousell, pastikan anda mengambil gambar yang bagus untuk digunakan. Anda tidak memerlukan kamera yang mahal untuk mendapatkan gambar yang bagus, malah dengan hanya menggunakan telefon bimbit dengan pencahayaan yang baik dapat menghasilkan gambar yang bagus. Tip yang seterusnya adalah sentiasa membalas pertanyaan pelanggan dengan secepat mungkin.

    - @klfilmcamera

    (diterjemahkan dari Bahasa Inggeris)

    Rumah dihiasi perabot dijual di Carousell

    Baru-baru ini, kehidupan saya telah berubah sepenuhnya apabila saya telah mengambil keputusan untuk berpindah keluar dari rumah ibu-bapa saya untuk hidup berdikari. Mungkin ini kedengaran agak lucu, tetapi semua perabot yang saya miliki sekarang dibeli dari Carousell! Sudah tentu saya tidak akan memberitahu sesiapa tentang hal ini, kecuali jika ditanya. Setiap kali rumah saya didatangi ahli keluarga dan rakan-rakan, mereka akan bertanya bagaimana saya mampu untuk memenuhi ruangan rumah tanpa mempunyai pendapatan yang tetap. Jawapan saya adalah...Carousell! Sekarang bukan sahaja rakan-rakan saya telah menggunakan Carousell, malah keluarga saya juga! Saya rasa apa yang memberi motivasi bagi saya untuk menulis kisah ini adalah walaupun saya tidak mempunyai wang yang banyak, tetapi saya mampu untuk menyediakan rumah idaman saya. Terima kasih Carousell!

    - @n.at.asha

    (diterjemahkan dari Bahasa Inggeris)

    Usahawan yang juga seorang ibu

    Saya merupakan seorang ibu kepada dua orang anak yang berusia 4 dan 6 tahun. Menjadi seorang ibu dan usahawan sangat mencabar diri saya, terutamanya dalam mengimbangi masa dan tanggungjawab terhadap anak-anak dan juga perniagaan. Terima kasih kepada Carousell, saya telah berjaya untuk menjual barangan bayi terpakai di rumah seperti pakaian, alat mainan, buku, dan barang-barang yang berkaitan. Semua sedia maklum bahawa barangan bayi di pasaran adalah sangat mahal. Dengan menjual barangan bayi terpakai, saya merasakan bahawa orang lain mampu untuk memilikinya. Ini adalah suatu situasi menang-menang untuk kedua-dua pihak. Carousell membuat aktiviti menjual menjadi sangat senang. Saya hanya perlu mengambil gambar barang yang saya ingin jual, tetapkan harga yang sesuai dan jual kepada orang yang berminat! Duit lebih tidak pernah datang semudah ini! Tambahan pula, saya dapat menjual barangan yang saya tidak lagi perlukan. Carousell merupakan satu platform yang bagus untuk perniagaan dari rumah atau perniagaan kecil-kecilan bagi mempromosikan barangan anda.

    - @blessingmy

    (diterjemahkan dari Bahasa Inggeris)