Kongsi Senarai Ini

Komen Awam

    ​Islam, Demokrasi dan Politik Bangkangan Di Malaysia

    icon

    2 weeks ago oleh kedaiom

    icon

    RM55

    icon

    0 Suka

    icon

    Baru

    icon

    Dalam Buku

    icon

    Penulis: Shaharuddin Badaruddin & Mohammad Syazwanuddin Shaharuddin ISBN: 9789672066118 Penerbit: Institut Darul Ehsan Halaman: 284 muka surat Harga: RM 55 Buku ini membincangkan tentang sejarah penglibatan PAS dalam pilihanraya di Malaysia sejak PRU yang pertama iaitu pada tahun 1955 sehinggalah ke PRU yang ke13. Selama 58 tahun ini, PAS telah mengalami evolusi baik dari sudut pendekatan, kepimpinan serta rakan kerjasama dalam pilihanraya. Selain itu, buku ini juga membincangkan tentang Islam dalam politik dan demokrasi serta peranan PAS dalam mewarnainya. Namun PAS betul-betul mengalami evolusi yang mencorakkan politik Malaysia sehingga sekarang apabila ramai ulama' dan aktivis gerakan Islam menyertai PAS pada dekad 1980-an. PAS mengorak dengan lebih jauh apabila menguasai negeri Kelantan pada tahun 1980 selepas bekerjasama dengan beberapa parti lain terutamanya parti bukan Islam. PAS terus menjadi saingan kuat parti kerajan terutamanya UMNO apabila pada pilihanraya 1999 selepas peristiwa Reformasi. Walaupun pencapaian PAS tidak memberangsangkan pada tahun 2004, namun pada tahun 2008, hasil tahaluf siyasi dengan PKR dan DAP, pakatan pembangkang berjaya menafikan 3/2 majoriti kerajaan BN buat kali pertama. Namun pada pilihanraya 2013, PAS gagal mengekalkan negeri Kedah dan mengalami penurunan kemenangan kerusi, namun pengaruh PAS terus tersebar dengan bertanding di banyak kerusi, terutamanya kawasan Melayu, dan seterusnya menjadi pesaing kuat kepada UMNO. Buku ini berakhir dengan analisis pencapaian PAS dalam pilihanraya 2013 dan masa depan penglibatan PAS dalam tahaluf siyasi bersama-sama parti-parti lain.

    Dapatkan Ini

    icon

    Shah Alam

    icon

    Pos & Penghantaran

    Pos laju

    Temui Penjual

    kedaiom
    kedaiom
    isFacebookVerifiedisEmailVerified
    • positiveReviewsCount180
    • neutralReviewsCount0
    • negativeReviewsCount2

    ANDA MUNGKIN JUGA SUKA