‼️Kenapa Carseat Penting Semasa Travel?‼️
‼️Kenapa Carseat Penting Semasa Travel?‼️
‼️Kenapa Carseat Penting Semasa Travel?‼️

Kongsi Dengan Rakan-rakan

💢Kenapa car seat penting semasa travel?💢 ‼️Parents must know! ‼️ 1. Keselamatan baby Semasa ibu bapa sedang memandu, digalakkan meletak anak di dalam baby car seat demi keselamatan mereka. Cuba bayangkan bapa sedang memandu dan ibu memangku baby yang tengah tidur. Ibu pun tidur sekali. Kalau baby kita jatuh bagaimana? Kalau tiba-tiba kemalangan bagaimana? Tidak ke nanti baby kita akan terlepas dari pegangan ibu? Sekurang-kurangnya, tali pinggang pada baby car seat tu dapat menahan baby kita dari terhentak atau tercampak ke mana-mana. 2. Memudahkan ibu bapa memandu seorang diri Bila kita sudah biasakan baby kita duduk dalam car seat, akan memudahkan kita memandu seorang diri. Tidaklah baby kita meragam semasa kita memandu. Kita juga yang stress ketika memandu nanti. Pada mula pengenalan mungkin ada sedikit kesukaran melatih anak. Lama kelamaan, anak kita akan biasa. Biar anak menangis di dalam baby car seat tetapi jangan kita menangis di kemudian hari. 3. Dapat mengajar baby untuk tidur sendiri Apabila baby kita dah kenyang dan lampin sudah disalin, mereka mesti selesa dan tidak mempunyai masalah untuk tidur dengan nyenyak dengan sendiri. Dengan letak mereka di dalam baby car seat sebenarnya boleh mengajar anak kita untuk tidur sendiri. Kebiasaannya, memang berkesan sebab gegaran kereta semasa kita memandu membuatkan baby kita lebih mudah untuk tidur. Secara tidak langsung ianya juga dapat membuatkan anak anda berdikari. 4. Mengajar anak tentang rutin di dalam kereta Budak-budak memerlukan rutin yang sama supaya mereka tidak keliru. Kejap buat boleh, kejap buat tak boleh, mana satu yang betul nie? Jadi, kita kena buat satu rutin dalam kereta juga, iaitu masuk kereta mesti duduk di car seat masing-masing. Dari yang baby sampailah yang dah besar pun. Kalau baby kita nak menyusu je baru kita angkat sebentar dan susukan. Lepas tu, letak semula di car seat. Baby kita selesa, kita pun selesa semasa perjalanan. Pentingkan baby car seat untuk perjalanan kita? Demi keselamatan anak-anak kita, diharapkan ibu bapa sekalian labur dalam membeli baby car seat untuk anak-anak kita. Tak perlu tukar setiap tahun pun kalau kita beli yang betul-betul elok dan selamat.


Orang lain juga melihat

Quinny Moodd Rm900 Second Hand

Quinny Moodd Rm900 Second Hand

RM90021

Babyzen Yoyo+ 6+ Stroller

Babyzen Yoyo+ 6+ Stroller

RM2,2001