Kongsi Senarai Ini

Komen Awam

    Al-Wasiyyah Al-'Izziyyah: Wasiat Shaykh 'Izzuddin bin 'Abd al-Salam Kepada Tuhannya Beserta Syarahan

    icon

    1 month ago oleh kedaiom

    icon

    RM17

    icon

    1 Suka

    icon

    Baru

    icon

    Dalam Buku

    icon

    Format: Paperback ISBN-13: 9789672158035 Tarikh Terbit: November 2017 Jumlah Muka Surat : 35 Penerbit: ABIM Press Penterjemah & Disyarahkan oleh: Mohammad Syafiq Ismail Sinopsis Tiada perkara yang lebih pasti, buat semua yang bernyawa, bahawa ia akan berakhir. Islam mengajar kita memandang kematian sebagai bukan pengakhiran hakiki, tetapi pengakhiran marhalah, dan umpama pintu, ia membuka permulaan bagi marhalah baharu dalam kehidupan seterusnya, kehidupan Akhirat, yang abadi. Ia positif terhadap seluruh fenomena manusiawi. Allah, kerana rahmatNya, mengisyaratkan di akhir surah al-Ḥijr, “Sembahlah Tuhanmu, sehingga datang kepadamu perkara yang yakin pasti (berlaku, yakni mati).” Kita bukan hidup untuk mati, tetapi untuk menghayati (hayat-hidup) dunia ini; bahawa kefanaannya bukan untuk disia-siakan, tetapi untuk dimanfaatkan sebaiknya buat kemanusiaan, yang pada masa yang sama juga merupakan persiapan menuju ke Negeri Akhirat. Wasiat ini, antara pusaka peninggalan Shaykh ῾Izzuddīn bin ῾Abd al-Salām yang terkenal dengan gelar Sulṭān al-῾Ulamā’, selaku peringatan kepada kita yang masih hidup, untuk mengambil iktibar daripadanya dan merenung semula ke mana perjalanan kita sesudah mati, dan sudah bersiapkah kita untuk mengalaminya. Hakikatnya, wasiat ini adalah doa daripada sang hamba yang fana kepada TuhanNya yang Maha Hidup dan Kekal selamanya. Terjemahan ini disediakan buat sidang pembaca, mengajak bersama merenungkan, perjalanan yang pasti ditempa, seluruh insan.

    Dapatkan Ini

    icon

    Shah Alam

    icon

    Pos & Penghantaran

    Pos laju

    Temui Penjual

    kedaiom
    kedaiom
    isFacebookVerifiedisEmailVerified
    • positiveReviewsCount180
    • neutralReviewsCount0
    • negativeReviewsCount2

    ANDA MUNGKIN JUGA SUKA