Kongsi Senarai Ini

Komen Awam

Api dan Cahaya: Bagaimana Pencerahan Telah Mengubah Dunia Kita

icon

2 months ago oleh kedaiom

icon

RM50

icon

0 Suka

icon

Baru

icon

Dalam Buku

icon

Penulis: James Macgregor Burns Penerbit: IKD Tahun: 2016 Halaman: 465 m/s Kenapa kita meneliti karya ini, "Api dan Cahaya"? Pertama, ia mengajak kita melihat asas-asas idea, gerak sejarah dan sepak terajang politik yang menjadi tapak dunia moden, khususnya abad ke-20 hingga sekarang. Kedua, ia mengajar kita agar tidak cepat berputus asa dalam meneruskan idealisme; malah idea harus terus digerakkan walau bertembung kepayahan. Ketiga, kebebasan, keamanan, kemakmuran dan Pencerahan tidak datang mendadak, di atas dulang emas, tetapi bermula dari celah-celah lumpur kehidupan Keempat, walau idea dan idealisme itu indah pada niat dan retorikanya, ia tidak selalunya dapat diterjemahkan dengan begitu sahaja dalam dunia nyata. Akan ada simpang siur, pertentangan, paradoks dan polemik. Kelima, zaman yang membiak bersamanya penjajahan dilawan oleh pemuka-pemuka bangsa yang mendukung nilai-nilai dan semangat Pencerahan. Keenam, idea-idea zaman Pencerahan bukan satu dan dipersetujui bersama tetapi berselerak. Namun ia dibahaskan dan terus dibahaskan. Ketujuh, idea itu asas perubahan atau "revolusi"! Kelapan, tiada yang lurus-lurus dan indah-indah dalam arus perjuangan menuntut ruang dan kebebasan. Seperti di Malaysia saat ini, siapa yang yakin terus berjuang. Siapa yang kecewa boleh terus patah hati dan siapa yang sinis boleh terus menyindir. Dunia akhirnya untuk tokoh yang bersuara, berfikir dan berjuang walau sekecil Thomas Paine orangnya. SAYA BOLEH JAMIN SEPENUHNYA tiada lagi buku yang paling relevan dengan situasi politik dan budaya kita saat ini kecuali buku ini. Saya yakin buku ini paling relevan buat mereka yang menolak 1MDB dan regim yang ada, yang mendiskusikan buku serta idea, yang berjuang dalam arus politik. Buku inilah jawapan, semangat dan harapan kita! Dan sesiapa yang tidak membacanya akan selalu tertanya-tanya apa sudah jadi pada Malaysia? Sesiapa yang enggan membaca akan tertanya-tanya kenapa negara kita ini menuju zaman gelapnya, semakin hari semakin gelap. Jawapannya ada di sini > pada zaman Pencerahan! Fathi Mat Aris

Dapatkan Ini

icon

Pos & Penghantaran

Pos laju

Temui Penjual

kedaiom
kedaiom
isFacebookVerifiedisEmailVerified
  • positiveReviewsCount203
  • neutralReviewsCount0
  • negativeReviewsCount2

ANDA MUNGKIN JUGA SUKA