Kongsi Senarai Ini

Komen Awam

Fiqh Kewangan Islam: Halal dan Haram dalam Sistem Jual Beli Islam

icon

5 months ago oleh kedaiom

icon

RM98

icon

0 Suka

icon

Baru

icon

Dalam Buku

icon

Format: Hardcover Saiz: 7" x 10" ISBN-13: 978-967-366-196-1 Tarikh Terbit: 31 Mar 2014 Jumlah Muka Surat: 752 Berat: 1.4 KG SINOPSIS Akad jual beli adalah akad yang penting dan sering digunakan oleh setiap lapisan masyarakat. Maka, usaha mengupas hikmah-hikmah di sebalik akad jual beli adalah satu usaha yang penting dan perlu diberi perhatian. Kajian ini tidak hanya terbatas kepada maqasid atau tujuan-tujuan pensyariatan sahaja. Ia turut mencakupi perbahasan mengenai beberapa permasalahan semasa mengenai hukum jual beli yang secara tidak langsung menambahkan lagi pengetahuan kita tentang muamalat semasa. Buku ini mampu menghapuskan kekeliruan yang timbul dalam hukum jual beli secara khusus, dan yang berkaitan harta secara umumnya. Dikaji secara ‘fiqhiyyah’ berserta dengan maqasidnya yang jelas, dapat memberi gambaran yang lebih praktikal dan mudah difahami. Buku ini terhasil bagi menerangkan prinsip-prinsip dan keindahan agama Islam dalam bidang muamalat supaya kita mampu memahami maqasid syariah di sebalik hukum-hakam, permasalahannya, prinsip-prinsipnya, serta cara mengeluarkan hukum daripadanya. Penulisnya, Dr. Zaharuddin Abdul Rahman telah menjalankan kajian berkenaan permasalahan hukum jual beli kerana beberapa jenis sistem jual beli masa kini menjadi topik yang hangat dibincangkan dan memerlukan jawapan yang meyakinkan, iaitu menerangkan hukumnya dan maqasid di sebaliknya. Buku Fiqh Kewangan Islam terbahagi kepada tiga bahagian utama, iaitu: 1. Pengertian asas tentang maqasid dan jual beli Pada bahagian ini, penulis memberikan penerangan ringkas tentang pengertian maqasid menurut bahasa dan istilah. Kemudian, beliau menjelaskan persamaan dan perbezaan antara istilah maqasid dan istilah-istilah lain yang hampir sama maksudnya. Bab ini juga membahaskan secara ringkas pengertian jual beli, pembahagiannya, dan maqasid syariah di sebalik pensyariatannya. Ia adalah sebagai gambaran awal kepada isu-isu yang akan dibincangkan dalam bab-bab seterusnya. 2. Penetapan maqasid syariah dalam hukum syarak Ia mengupas isu-isu yang berkaitan penetapan maqasid syariah dan dibahagikan kepada tiga fasal, iaitu tujuan syariat diturunkan, asal kepada kaedah asas urus niaga adalah melihat kepada makna serta cara- cara penetapan maqasid syariah. 3. Hukum jual beli dan objektif pensyariatannya Fokus utama bab ini adalah bagi membincangkan hikmah dan objektif pensyariatan hukum-hukum jual beli semasa. Pembaca akan dapat mengenal pasti beberapa permasalahan dalam jual beli seperti hukum dalam urusan hak cipta, serta menghapuskan keliruan yang timbul dalam hukum jual beli secara khusus, dan yang berkaitan harta secara umumnya. ISI KANDUNGAN Penghargaan Mukaddimah BAB PENDAHULUAN Penerangan Ringkas Berkenaan Maqasid dan Jual Beli 1. Fasal Pertama Pengertian Maqasid 1.1 Unit Pertama Pengertian Maqasid Menurut Bahasa dan Istilah 1.2 Unit Kedua Maqasid dan Istilah-Istilah yang Sama Maksud Dengannya 2. Fasal Kedua Pengertian Maqasid 2.3 Unit Pertama Pengertian Jual Beli Menurut Bahasa dan Istilah 2.4 Unit Kedua Hukum Taklifi untuk Jual Beli 2.5 Unit Ketiga Pembahagian Jual Beli 2.6 Unit Keempat Rukun dan Syarat Jual Beli 2.7 Unit Kelima Maqasid Syariah di Sebalik Pensyariatan Jual Beli Nota Hujung BAB SATU Penetapan Maqasid Syariah dalam Hukum Syarak 1. Fasal Pertama Tujuan Syariat Diturunkan 1.1 Unit Pertama Maksud Maslahah 1.2 Unit Kedua Maksud Syari' dan Asy-Syariat 1.3 Unit Ketiga Dalil-Dalil Maslahah kepada Manusia 1.4 Unit Keempat Maslahah Duniawi 2. Fasal Kedua “Asal kepada Muamalat adalah Melihat Makna” 2.1 Unit Pertama Analisis Kaedah dan Maksudnya 2.2 Unit Kedua Dalil-dalil yang Menunjukkan Asal kepada Muamalat adalah Makna 2.3 Unit Ketiga Kaitan Kaedah dengan Hukum Jual Beli 3. Fasal Ketiga Cara-Cara Penetapan Maqasid Syariah 3.1 Unit Pertama Dalil-Dalil Al-Quran dan Sunnah yang Jelas 3.2 Unit Kedua Istiqra’ (Kajian Induksi) Terhadap Tindakan Syari` 3.3 Unit Ketiga Petunjuk Sahabat dalam Memahami Hukum-Hukum Al-Quran dan Sunnah 3.4 Unit Keempat Peranan Akal dalam Menentukan dan Menetapkan Maqasid Nota Hujung BAB DUA Hukum Jual Beli dan Objektif Pensyariatannya 1. Fasal Pertama Kajian Fiqh dalam Bab Jual Beli daripada Kitab Al-Ikhtiyar Li ta'lil Al-Mukhtar 1.1 Unit Pertama Latar Belakang dan Buku Penulis 1.2 Unit Kedua Objektif Pensyariatan Undang-Undang Islam dalam Rukun Jual Beli 1.3 Unit Ketiga Objektif Syariah dalam Masalah Syarat-Syarat Jual Beli 1.4 Unit Keempat Objektif Syariah pada Kesahihan dan Ketidaksahihan Jual Beli 2. Fasal Kedua Hukum Jual Beli Semasa 2.1 Unit Pertama Jual Beli Hak-Hak Maknawi 2.2 Unit Kedua Jual Beli Salam 2.3 Unit Ketiga Jual Beli Elektronik 2.4 Unit Keempat Jual Beli Riba antara Umat Islam dan Kafir dalam Negara Mereka 2.5 Unit Kelima Menjual Peralatan Muzik Nota Hujung PENUTUP INDEKS BIBLIOGRAFI

Dapatkan Ini

icon

Petaling Jaya

icon

Pos & Penghantaran

Pos laju

Temui Penjual

kedaiom
kedaiom
isFacebookVerifiedisEmailVerified
  • positiveReviewsCount218
  • neutralReviewsCount0
  • negativeReviewsCount2

ANDA MUNGKIN JUGA SUKA