Kongsi Senarai Ini

Komen Awam

Islam Di Nusantara: Kitab Kuning, Pesantren dan Tarekat

icon

8 months ago oleh kedaiom

icon

RM50

icon

8 Suka

icon

Baru

icon

Dalam Buku

icon

Author: MartinVan Bruinessen Publisher: Inisiatif Buku Darul Ehsan ISBN: 9789671549728 Year: 2018 Weight: 0.450 kg Pages: 436 pp Price: RM50 Buku ini terhasil daripada kajian yang dilakukan secara mendalam dan dalam tempoh yang panjang, berdasarkan penyelidikan di lapangan dan melibatkan ratusan sumber rujukan dari abad ke-16 hingga yang terkini. Menerusi buku ini, pengarang menjejaki antara lain pengaruh para ulama Kurdi terhadap perkembangan Islam di Nusantara, kitab kuning, tarekat dan ilmu tasawuf. Buku ini turut membentangkan analisis terhadap pelbagai jenis kitab kuning yang digunakan di Nusantara, selain memberikan gambaran menyeluruh tentang peranan pesantren (atau pondok), tarekat dan guru-guru tarekat dalam masyarakat dan politik, khususnya di Indonesia. Menerusinya pembaca dapat memahami dinamika dan sebahagian penting sejarah Islam tradisional sebagai aliran tertua dan paling berpengaruh di Nusantara. Biodata Pengarang Martin van Bruinessen adalah profesor kajian perbandingan tentang masyarakat Muslim kontemporari di Universitas Utrecth dan juga di International Institute for the Study of Islam in the Modern World (ISIM). Beliau telah menjalankan banyak penyelidikan di Kurdistan, Afghanistan dan Indonesia, dengan penyelidikan lapangan yang pertama terhadap masyarakat Kurdi di Iran, Iraq, Turki, dan Syria (1974-76) berkenaan peranan tarekat dalam gerakan nasionalisme Kurdi. Antara tahun 1982-1994, Martin meluangkan masa melakukan penyelidikan di Indonesia dan telah menerbitkan pelbagai tulisan ilmiah tentang Islam, lembaga pendidikan, tarekat dan politik di negara itu. Sebahagian hasil kajiannya di Indonesia dikumpulkan dalam buku ini. Antara buku lain yang pernah dihasilkannya ialah Sufism and the ‘Modern’ (disusun bersama Julia Howell), The Madrasa in Asia (dengan Farish A. Noor dan Yoginder Sikand), Islam and Modernity (dengan M. Khalid Masud dan Armando Salvatore), dan Producing Islamic Knowledge in Western Europe (dengan Stefano Allievi).

Dapatkan Ini

icon

Pos & Penghantaran

Pos laju

Temui Penjual

kedaiom
kedaiom
isFacebookVerifiedisEmailVerified
Maklumbalas
  • 245
  • 0
  • 2
syamimiroslanItem delivered as described. Pleasant transaction!...baca lebih lanjut
1 month ago
irwan80shahOk
1 month ago
syafiqelanGood and reliable sellers. Item received in good c...baca lebih lanjut
1 month ago
Baca Semua

ANDA MUNGKIN JUGA SUKA