Kongsi Senarai Ini

Komen Awam

Kitāb Perubatan Melayu: Al-Raḥmah fī al-Ṭibb wa al-Ḥikmah

icon

8 months ago oleh kedaiom

icon

RM85

icon

3 Suka

icon

Baru

icon

Dalam Buku

icon

Penulis: Shaykh ‘Abbās Kuta Karang, Aceh Dar al-Salam Penerbit: Akademi Jawi Malaysia ISBN: 9789671474860 Muka Surat: 380pp Harga: RM85 Berat: 0.600kg Kitāb Perubatan Melayu: al-Raḥmah fī al-Ṭibb wa al-Ḥikmah merupakan sebuah kitāb yang mengkhusus kepada ‘ilmu perubatan yang bersifat Islamik dan saintifik, ditulis oleh Shaykh ‘Abbās Kuta Karang, seorang ulamā’ berasal dari Aceh (w. November 1895). Penulisannya mengambil masa empat tahun dan selesai pada 1853, sejurus sebelum berlakunya perang saudara Aceh pada 1854. Kitāb Perubatan Melayu: al-Raḥmah fī al-Ṭibb wa al-Ḥikmah terdiri dari lima bāb yang mengandungi unsur asas kepada tubuh badan manusia, bahan-bahan makanan dan ubatan, faktor yang mempengaruhi keadaan kesihatan, ubat-ubatan untuk beberapa penyakit terpilih dan penyakit-penyakit ‘am. Penggunaan kata tempatan Aceh dalam menamakan penyakit dan bahan ubatan dalam kitāb ini memperkayakan periṣṭilāḥan perubatan yang belum terdapat dalam mana-mana kamus iṣṭilāḥ perubatan Melayu, samada yang diusahakan oleh pihak kolonial atau badan berwajib selepas kemerdekaan. Kitāb ini mempunyai sumbangan yang jelas terhadap ilmu perubatan, periṣṭilāḥan perubatan dan fenomena bahasa serta mempunya beberapa sisi-sisi menarik yang menanti untuk dibahas dan dikaji sarjana perubatan, botani, zoologi, mineral, bahasa, sejarah, serta kebudayaan. Shaykh Abbas sepanjang hayatnya pernah menjadi qāḍī dan penasihat kepada dua sultan Aceh, serta bekerjasama dengan Tengku Chik di Tiro dalam perang Sabil menentang Belanda yang meletus pada tahun 1873.

Dapatkan Ini

icon

Pos & Penghantaran

Pos laju

Temui Penjual

kedaiom
kedaiom
isFacebookVerifiedisEmailVerified
Maklumbalas
  • 245
  • 0
  • 2
syamimiroslanItem delivered as described. Pleasant transaction!...baca lebih lanjut
1 month ago
irwan80shahOk
1 month ago
syafiqelanGood and reliable sellers. Item received in good c...baca lebih lanjut
1 month ago
Baca Semua

ANDA MUNGKIN JUGA SUKA