Share This Listing

Public Comments

Mekanisme Sanad dalam Pengajian Islam​

icon

2 months ago by fhbookbarn

icon

RM30

icon

1 Likes

icon

New

icon

Mekanisme Sanad dalam Pengajian Islam Author: Sakinah Saptu, Wan Nasyrudin Wan Abdullah & Latifah Abdul Majid Publisher: UKM Press ISBN: 9789674126841 Pages: 145pp Year: 2018 Price: RM30 Mutakhir ini keterujaan di kalangan penuntut ilmu pengajian Islam terhadap sanad melahirkan tanggapan bahawa semua ilmu berkaitan agama Islam perlu dipelajari secara bersanad. Jesteru, kegagalan menuntut ilmu secara bersanad menyebabkan tiada kesinambungan ilmu dari Nabi SAW. Oleh sebab itu, sanad dijadikan indikator kepada kesahan ilmu dan kefahaman agama. Sanad juga diberikan kepada mereka yang tidak berkhalayakan sehingga berlaku pengambilan sanad dengan tujuan mengumpul sanad dan berbangga dengannya. Buku ini dihasilkan bertitik tolak daripada beberapa isu yang timbul disekitar Pengajian Islam besanad. Antaranya ialah persoalan adakah semua ilmu pengajian Islam mesti dipelajari secara bersanad dan bagaimana keahlian seorang guru yang tidak memiliki sanad. Oleh kerana penulisan lepas masih belum menjawab isu-isu yang berlaku, buku ini dilihat menjadi satu keperluan untuk ditampilkan kepada masyarakat. Oleh yang demikian, ia dapat membetulkan kefahaman tentang kepentingan sanad dalam pengajian Islam. Buku ini juga dilihat amat wajar untuk diusahakan agar masyarakat Islam tidak saling bertingkah hanya kerana isu keberadaan sanad dalam Pengajian Islam. Beberapa pihak boleh disatukan apabila sanad diletakkan pada kedudukan yang betul sesuai dengan tujuan asalnya. Buku ini diharap dapat memupuk sikap salaing hormat-menghormati walaupun terdapat perbezaan pandangan di samping memberi motivasi kepada masyarakat Islam menuntut ilmu pengajian Islam, tidak kira sama ada bersanad atau sebaliknya.

Getting This

icon

Mailing & Delivery

Meet The Seller

fhbookbarn
fhbookbarn
isEmailVerified
Reviews
piena_vGreat seller to deal with! Prompt delivery! Item d...read more
1 month ago
5.0
rorschachjournalGreat seller to deal with! Friendly and very helpf...read more
7 months ago
5.0
effyervina_8786Great seller to deal with! Item received as descri...read more
1 year ago
5.0

YOU MAY ALSO LIKE