Kongsi Dengan Rakan-rakan

Param Param ialah rawatan di mana seluruh badan disapu ramuan khas bagi mengelakkan angin masuk ke dalam tubuh dan memanaskan badan. Ramuan asas yang digunakan untuk membuat param ialah beras yang direndam. Beras ini kemudiannya dicampur dengan beberapa herba seperti cekur, jerangau, cendana, kulit limau purut, kulit rambai, halia, bawang putih, asam jawa dan kunyit. Sapuan param yang dilakukan selepas mandi mampu memberikan kesegaran pada badan. Antara faedahnya adalah 1. Menghaluskan dan melicinkan kulit. 2. Menghindarkan badan masuk angin. 3. Tubuh sentiasa hangat dan panas. 4. Mengurangkan rasa sejuk dan kebas pada badan. 5. Mengurangkan kesan-kesan pecah pada anggota badan.


Pilihan Urus Janji

Pos atau Penghantaran

pos laju