Kongsi Senarai Ini

Komen Awam

Penyelia Café (Café Supervisor) diperlukan segera!

icon

2 months ago oleh zuerai79

icon

RM1,500

icon

1 Suka

icon

Baru

icon

Kami mencari Penyelia Café (Supervisor) untuk outlet café kami di Kelantan. Lokasi Café: Gloria Jeans Coffees di HUSM Kubang Kerian, Kelantan Kelayakan yang diperlukan: • Pengalaman bekerja sebagai supervisor di dalam bidang F&B (minima 2 tahun pengalaman) • Mempunyai minima kelulusan Diploma / STPM atau setanding. • Berkerja 6 hari seminggu • Mempunyai lesen memandu kelas D dan boleh memandu • Permanent Basis Faedah yang diberikan: • KWSP • Perkeso • Elaun Perubatan Tanggungjawap (Job Description): 1. Mengetuai semua kerja-kerja operasi harian outlet termasuk menyelia juruwang. Menyelia, memberi latihan dan bimbingan serta pengawasan kepada Barista / pekerja café. 2. Mengawal stok barang-barang keperluan harian. 3. Memastikan kualiti menu makanan / minuman dan perlaksanaan minuman / makanan memenuhi standard yang ditetapkan. 4. Memastikan operasi harian outlet berjalan dengan lancar dan outlet berada dalam keadaan bersih dan teratur. 5. Menangani aduan atau saranan daripada pihak Hospital dan pelanggan. Perlu melaporkan segera kepada pihak Pengurusan jika ada masalah yang tidak dapat diselesaikan dalam jangkamasa yang diperlukan. 6. Membantu Pengurus dan pihak Pengurusan dalam melaksanakan promosi untuk meningkatkan jualan outlet, dan pencapaian sasaran outlet. 7. Membantu Pengurus untuk menyediakan jadual kerja untuk setiap Barista/pekerja. 8. Memantau kehadiran Barista/pekerja dan memberi kelulusan permohonan cuti kepada Barista / pekerja. 9. Memberi kelulusan untuk permohanan tugasan lebih masa (overtime) daripada Barista / pekerja dan berkomunikasi secara terus kepada Pengurus dalam hal Barista / pekerja. 10. Membantu Pengurus untuk laporan-laporan yang berkaitan dengan operasi outlet secara berkala. 11. Melaporkan keadaan outlet dan hasil jualan kepada pihak Pengurusan setiap hari. Untuk mereka yang bersungguh-sungguh mahu bekerja dan boleh bekerja dengan jujur dan amanah sahaja. Boleh hantar CV dan hubungi kami di suhailahbaharum@gmail.com atau zuraifahmohd@gmail dengan segera kepada yang berminat.

Dapatkan Ini

Temui Penjual

zuerai79
zuerai79
isFacebookVerifiedisEmailVerified
Maklumbalas
  • 1
  • 0
  • 0