Kongsi Senarai Ini

Komen Awam

Perkhabaran Agung: Pembuktian Kebenaran al-Quran & Kaedah Baru Memahaminya

icon

3 months ago oleh kedaiom

icon

RM48

icon

1 Suka

icon

Baru

icon

Dalam Buku

icon

Origin: Al-Naba' al-'Azim: Nazarat Jadidah fi al-Quran Author: Muhammad ‘Abdullah Diraz Translator: Muhammad Hanif Ali Publisher: Maqasid Institute ISBN: 9789671558904 Pages: 348pp Price: RM48.00 Akhirnya terbit terjemahan Bahasa Melayu untuk karya agung dan legenda ini, al-Naba' al-'Azim karangan al-'Allamah Sh. Muhammad 'Abd Allah Diraz rahimahullah (1894-1958), failasuf al-Quran dan pembaharu zaman. Pemikir besar ini menulis dalam bahasa Arab dan Perancis khususnya dalam topik al-Quran (tafsir dan pemikiran al-Quran), falsafah moral dan isu-isu pemikiran Islam. Dalam banyak karangannya, terdapat empat buah yang paling menonjol iaitu Dustur al-Akhlaq fi al-Quran (La Morale du Koran, iaitu PhDnya di Universiti Sorbonne), al-Naba' al-'Azim, al-Din (buku sederhana tapi padat tentang sejarah agama) dan Madkhal Ila al-Quran al-Karim (Initiation du Koran - kajian sekunder beliau untuk PhDnya). Buku al-Naba' al-'Azim dinobat sebagai antara yang penting khasnya pada abad ke-20. Menurut tokoh tafsir dan balaghah bumi Sham yang juga murid Diraz iaitu al-'Allamah Fadhl Hasan Abbas rahimahullah (1932-2011), Muhammad Diraz merupakan salah seorang tokoh penting dalam sumbangan terhadap ilmu al-Quran pada abad ke-20 dan buku al-Naba' al-'Azim ialah "antara buku terbaik dan paling mendalam dalam bab I'jaz al-Quran." (Lihat Fadhl Hasan Abbas, I'jaz al-Quran al-Karim). Disebabkan kehebatan itulah, Shaykhul Balaghiyyin Muhammad Abu Musa menyatakan bahawa "tidak patut bagi penyelidik dan pengkaji dalam bidang tafsir untuk mengabaikan buku ini." Tokoh terkenal, al-'Allamah Yusuf al-Qaradawi (yang juga sempat berguru dengan Diraz) menggelarkannya sebagai "Ibn al-Azhar" dan Ibn "Sorbonne" kerana Diraz menuntut di kedua-dua universiti hebat itu dan memuji kehebatan karya Diraz ini. Muhammad Diraz juga meninggalkan kesan yang sangat besar terhadap ramai tokoh termasuk Sheikh Muhammad al-Ghazali rahimahullah (1917–1996), terutama bukunya al-Naba' al-'Azim (yang kami terbitkan terjemahannya ini). Malah, buku al-Naba' al-'Azim itulah antara faktor al-Ghazali menulis al-Tafsir al-Maudhu'i untuk seluruh al-Quran, kerana Diraz hanya mempraktikkan tafsir surah al-Baqarah (tafsir yang sangat indah!) di hujung al-Naba' al-'Azim itu. Suatu yang tercatat dalam sejarah, Diraz mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan Malik ben Nabi, pemikir Muslim dari Algeria yang unggul itu. Mereka bertemu dan berhubung dengan rapat khasnya semasa Diraz belajar di Sorbonne. Sesiapa yang membaca dan mengamati tulisan kedua-dua tokoh ini, pasti akan dapati beberapa persamaan, khasnya dalam bab al-Quran dan pembinaan peradaban kemanusiaan. Bahkan, salah satu buku penting tulisan Malik ben Nabi ialah al-Zahirah al-Quraniyyah (Quranic Phenomenon / Fenomena al-Quran) ada persamaan dengan buah fikiran Diraz, bahkan Diraz telah memberi kata pengantar untuk buku Malik ben Nabi itu. Diraz sangat mencintai al-Quran dan memuliakannya, sehinggakan dicatat bahawa beliau sentiasa berwuduk dan menyuruh para pelajarnya berwuduk. Apabila membaca ayat sujud tilawah dalam kuliah atau syarahannya, beliau dan murid-muridnya akan sujud. Paling kurang, beliau membaca enam juzuk sehari secara konsisten. Sheikh Abu Zuhrah rahimahullah, temannya menyebut bahawa semasa seminar di Lahore Pakistan: "Diraz mengimamkan kami solat Isyak, (usai solat) kami semua pergi ke tempat tidur masing-masing, tetapi Diraz bersama dengan solat dan al-Quran, kamu tidak akan lihat Diraz, melainkan dia sedang membaca al-Quran atau sedang solat." Semoga Allah merahmati al-Allamah Muhammad Abdullah Diraz; failasuf al-Quran, pembaharu zaman.

Dapatkan Ini

icon

Pos & Penghantaran

Pos laju

Temui Penjual

kedaiom
kedaiom
isFacebookVerifiedisEmailVerified
  • positiveReviewsCount218
  • neutralReviewsCount0
  • negativeReviewsCount2

ANDA MUNGKIN JUGA SUKA