Set Bersalin Tanamera
Set Bersalin Tanamera
Set Bersalin Tanamera
Set Bersalin Tanamera
Set Bersalin Tanamera
Set Bersalin Tanamera

Kongsi Dengan Rakan-rakan

Set bersalin Tanamera telah direka khas mengikut terapi tradisi adat berpantang Melayu, yang telah membantu ibu-ibu baru menghadapi tekanan selepas bersalin, selama beratus-ratus tahun dahulu. Sesetengah produk traditional ini adalah ritual, kerana ia membantu melegakan dan menenangkan minda, dan mempercepatkan proses pemulihan. Bahan-bahan dalam setiap produk Tanamera adalah 100% dirumus khas daripada tumbuh-tumbuhan. Set penjagaan selepas bersalin Tanamera menawarkan penyelesaian komprehensif dan mudah untuk penjagaan dalam pantang anda. Produk yang terdapat dalam set penjagaan selepas bersalin Tanamera : 1- Herbal Bath (Mandian Herba) Campuran herba-herba beraroma tradisional yang mampu menyegarkan dan memulihkan tenaga badan serta menghilangkan bau badan, pada masa yg sama juga melegakan otot-otot yg lesu dan meredakan masalah kulit yg ringan. 2- Feminine Herbal Wash ( Herba pembersih wanita ) Campuran herba-herba beraroma yang kaya dengan pati minyak untuk menyembuhkan luka jahitan dan memastikan bahagian genital sentiasa bersih dan tidak berbau. 3- Herbal Tea ( Teh Herba ) Digunakan secara tradisional untuk merangsang peredaran darah dan menguatkan badan juga mempercepatkan penyembuhan rahim. 4- Herbal Massage Oil (Minyak Urut Herba) Minyak semulajadi yang diperkaya dengan herba-herba tropika, mampu mempergiatkan peredaran darah dalaman si ibu. 5- Cold press Virgin Coconut oil (Minyak kelapa dara) Manfaat utama VCO ialah ia kaya dengan antioksidan yang mampu melindungi kulit daripada kerosakan akibat radikal bebas, termasuk kerosakan yg berpunca daripada haba dan persekitaran. Ia boleh digunakan sebelum bersalin untuk mencegah pembentukkan tanda rekahan serta selepas bersalin untuk pudarkan tanda regangan sedia ada, digunakan 2x sehari. Untuk hasil terbaik gunakan selepas mandi dan urut pada kulit yg lembap. 6- Brown formulation body soap ( Sabun badan perumusan coklat ) Kombinasi herba dan biji-bijian untuk menghasilkan permukaan berbutir yang mampu menanggalkan sel-sel kulit mati dengan lembut dan meningkatkan pengaliran darah ke bahagian kulit. Ia terdiri daripada herba seperti kunyit, halia liar dan kulit kayu manis yg telah digunakan secara tradisional untuk memperbaiki masalah kulit secara menyeluruh. Minyak pokok nilam yang kaya dengan wangian eksotik juga ditambahkan untuk mencapai kesan aromaterapi yang lebih menakjubkan. 7-Boreh Body Scrub (skrub badan boreh) Gabungan herba dengan sifat pemanasan yang fungsi utamanya adalah untuk memberi kesan pemanasan pada kulit dan otot untuk memberi tenaga dan meremajakan tubuh ibu yang letih. 8- Calming Herbal blend paste ( pilis ) Pes adunan tradisional yang menyegarkan mata dan minda yang letih kerana kurang tidur atau tekanan. 9- Firming Herbal blend paste (Tapel) Pes tradisional dibuat daripada campuran herba yang digunakan untuk membantu menguatkan dan menegangkan otot perut dari dalam ke luar. Gunakan dengan bengkung untuk mendapatkan hasil yang lebih berkesan. 10- Postpartum abdominal wrap (Bengkung) Bahan ini dibuat dari kapas yang tidak dikupas yang lembut namun tahan lama untuk keselesaan yang berpanjangan. Bengkung ini mudah dipakai dan paling selesa apabila dipakai di bawah pakaian yang longgar. Pemakaian bengkung merupakan bahan pemulihan yang amat penting yang digunakan dalam banyak budaya untuk pemulihan yang lebih cepat selepas bersalin.


Pilihan Urus Janji

Pos atau Penghantaran

Postage Free for Semenanjung Add RM10 for Sabah Sarawak Installment accepted, once completed payment items will be post out.


Orang lain juga melihat

Scarlet Embroidery Maternity Blouse

Scarlet Embroidery Maternity Blouse

RM303

Preloved Maternity Blouse

Preloved Maternity Blouse

RM302

Tungku Besi (2kg)

Tungku Besi (2kg)

RM376

Tungku Besi 2kg

Tungku Besi 2kg

RM4010