Kongsi Senarai Ini

Komen Awam

Tahaluf Siasi dari Perspektif Maqasid Syari'ah dan Siasah Syar'iyah

icon

3 months ago oleh kedaiom

icon

RM20

icon

1 Suka

icon

Baru

icon

Dalam Buku

icon

Penulis: Alias Othman ISBN: 9789670965017 Penerbit: Risalah Harmoni Sdn Bhd Muka Surat: 169 pp Membuat keputusan berkaitan isu politik selalunya menjadi perbincangan yang panas, malah sekiranya tidak ditangani dengan cermat ia akan membawa kepada perpecahan. Antara isu politik yang sering menimbulkan perbedaan pendapat ialah isu berkaitan dengan hubungan antara sebuah organisasi Islam dengan pihak lain, sama ada pihak lain itu kumpulan Islam atau bukan Islam. Keputusan yang diambil akan menjadi lebih mudah sekiranya mereka yang terlibat dalam membuat keputusan berkenaan memahami kaedah Islam di dalam menentukan hukum, terutama Wasail Al-Ijtihad seperti Qias, Istislah, Istishab, Istihsan, Sad Al-Zari'ah, 'Urf dan Syariat-syariat silam. Penulisan ini berusaha memberikan sedikit sumbangan dalam isu ini. ======= Ustaz Alias Bin Othman dilahirkan pada tanggal 30 Oktober 1942 di Kampung Gua Badak, Lenggong, Perak. Selepas pendidikan di peringkat menengah, beliau melanjutkan pelajarannya di peringkat Diploma dalam bidang Dakwah di Yayasan Pengajian Tinggi Islam, Nilam Puri Kelantan dan meneruskan pengajiannya di peringkat Sarjana Muda dalam bidang Syariah dan Undang-undang. Kemudian beliau medapat Ijazah Sarjana di Universiti Al-Azhar dalam bidang Siyasah Syar’iyah. Beliau pernah bertugas di JAKIM sebagai Pegawai Dakwah sebelum berkhidmat sebagai pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Malaya (UM). Beliau pernah dilantik sebagai Dekan dan setelah itu Timbalan Dekan Bahagian Pengajian Syariah, Akademi Islam, Universiti Malaya (UM). Beliau juga pernah mendapat gelaran Prof Madya di Jabatan Siyasah Syar’iyah, Akademi Islam, Universiti Malaya (UM). Beliau merupakan seorang tokoh pendakwah yang banyak memberi sumbangan kepada masyarakat sama ada melalui kerjayanya sebagai pensyarah, penulisan buku dan penglibatan dalam pertubuhan dakwah selama lebih 40 tahun.

Dapatkan Ini

icon

Shah Alam

icon

Pos & Penghantaran

Pos laju

Temui Penjual

kedaiom
kedaiom
isFacebookVerifiedisEmailVerified
  • positiveReviewsCount218
  • neutralReviewsCount0
  • negativeReviewsCount2

ANDA MUNGKIN JUGA SUKA