Kongsi Senarai Ini

Komen Awam

Vamos Sur America : Travel Memoir - Benua Amerika Selatan

icon

5 months ago oleh kedaiom

icon

RM35

icon

0 Suka

icon

Baru

icon

Dalam Buku

icon

=========================== Format: Paperback Saiz: 7.5" x 5" ISBN: 9789671546406 Tarikh Terbit: November 2017 Jumlah Muka Surat: 272 Berat (Kg): 0.233 Penulis: Bijan M.Baki dan Kim Ong =========================== Sinopsis: Vamos!!! dalam Spanish bermaksud Jom ( let’s go ). Buku Vamos Sur America Travel Memoir berkisar mengenai pengembaraan 2 sahabat yang berlainan bangsa dan agama tetapi mempunyai satu matlamat yang sama iaitu ingin menerokai dunia. Mereka meninggalkan pekerjaan tetap dan mengembara selama 2 tahun yang bermula dari Ogos 2014 dan kembali ke tanahair pada September 2016. Vamos Sur America Travel Memoir yang ditulis oleh Bijan M. Baki dan Kim Ong ini menceritakan pengembaraan mereka di benua Amerika Selatan dengan mencuba cara pengembaraan baharu iaitu ‘adventure riding’. Mereke membeli sebuah motosikal di Peru dan mengembara di Peru, Bolivia, Chile dan Argentina. Setelah motor di jual, mereka memasuki hutan tebal Amazon dan tinggal di Amazon selama sebulan. Di dalam buku ini juga disertakan tips untuk membeli motor di Peru. Ia semestinya sangat berguna untuk mereka yang mempunyai impian sama. Pengembaraan mereka sering mendapat perhatian di social media dan sekembalinya ke tanahair, mereka pernah di temu-ramah oleh pihak Berita Harian, Rancangan Wanita Hari Ini di TV 3 dan juga Rancangan Apa Kata Wanita di TV 1. * * * * * Kenali Bijan dan Kim (Penulis) Two Malaysian girls who embarked on a journey of a lifetime by going around the world after years of saving money and leaving behind family, friends, job and comfort zone. Join us as we share our ups and downs travelled around the world. Berkobar-kobar mengelilingi dunia Dua wanita ikat perut empat tahun kumpul dana untuk penuhi impian Didorong keinginan dan keazaman tinggi untuk mengembara mengelilingi dunia, dua wanita sanggup mengikat perut selama empat tahun, bagi memastikan sumber kewangan mencukupi bagi membiayai misi peribadi itu. Nor Azizan Mohd Baki, dan Ong Kim Eng, kedua-duanya berusia 40 tahun, menyimpan impian mengelilingi dunia kerana terpegun dengan pengalaman rakan pengembara lain yang ditemui setiap kali bercuti di luar negara. “Kami seronok mendengar kisah dan pengalaman mereka. Ada yang mengambil cuti sehingga enam bulan dan setahun semata-mata untuk mengembara. “Dari situ, pada 2010, kami mula membuat perancangan dengan berjimat cermat untuk mengumpul dana,” katanya. Bagaimana mengembara Selama 2 Tahun Mengubah Pandangan Gadis Ini Tentang Hidup Kami bermula dari Mongolia, kemudian ke China, Tibet dan Nepal. Kemudian terbang ke Turki, Greece dan akhirnya berehat sebulan di London. Kemudian kami teruskan perjalanan ke Sepanyol, tapi hanya menjelajah bahagian Andalusia sebelum terbang ke Mesir, negara pertama yang kami jejaki di Benua Afrika. Perjalanan Trans-Afrika dari Cairo ke Cape Town membawa kami turun ke Sudan, Kenya, Tanzania, Malawi, Zambia, Zimbabwe, Botswana, Namibia dan akhirnya South Africa. Sebagai bonus kami berkesempatan melihat-lihat negara kecil yang terletak di tengah-tengah South Africa iaitu Lesotho. Dari South Africa kami sekali lagi berhenti di London dan berehat beberapa bulan. Ketika di London, kami sempat explore beberapa negara sekitar — Ireland, Italy dan Switzerland. Kami juga sempat buat volunteer work sekejap di Calais, France. Kemudian kami terbang ke Peru, negara pertama kami di Benua Amerika Selatan. Di benua ini kami memulakan pengembaraan cara baru dengan menaiki motosikal. Kami beli motosikal di Peru dan dari situ kami menunggang hingga ke Bolivia, Argentina dan Chile sebelum meneruskan perjalanan ke Amazon. Pelayaran di Sungai Amazon bermula sekali lagi dari Peru, menuju ke sempadan Colombia dan akhirnya memasuki Brazil. Dari Brazil, kami terbang ke Frankfurt, Germany dan sempatlah cuba-cuba berbasikal di Netherlands dan Belgium sebelum kembali ke London. Sebulan di London, kami terbang ke Istanbul dan akhirnya kembali ke Malaysia. Setelah Setahun Travel, Gadis Ini Berkongsi rahsia Bagaimana Beliau Menabung Kalau kau fikir bab simpan duit tu paling susah, you’re dead wrong. Simpan duit tu senang je, by the 3rd month kau dah disiplin. Lagipun, you have your ultimate dream to motivate you to save. Aku saved almost my entire salary. Lepas tolak bayar itu ini, the rest masuk tabung buluh. Aku save diligently to fund my travel for about 3-4 years. Sebelum tu save biasa biasa je. Sepanjang 3-4 tahun tu, I changed my lifestyle. I cut a lot of spending. Tak makan luar, tak kerap sangat pegi tengok movie, tak gi shopping dan paling susah, tak pegi travel. Keje, keje, keje. Impian Jelajah Dunia Dorong Gadis Ini Tinggalkan Zon Selesa dan keluar Mengembara Kim Eng: I realise that pleasing everybody else is not the way to be happy. Live Your Life the way you want it to be. Stop worrying about what others think how you should leave your life coz it doesn’t matter. What matters is what you think made you happy. There is a whole new world to explore out there. And we don’t need much really, just shelter, clothes and food. Everything else can be worked around it. Gadis Ini Dedahkan Bagaimana Travel Mengubah Persepsi Beliau Tentang Afrika Persepsi kita terhadap orang kulit hitam, atau lebih tepat lagi orang dari continent Afrika. Bila sebut saja Afrika, rata-rata orang sangat sceptical. Tak boleh disalahkan juga sebab banyak sangat kes-kes yang melibatkan orang Afrika terutamanya scammers di negara kita. Orang-orang Kenya, Tanzania, Malawi, Zambia, Zimbabwe, Batswana, Namibia, Basotho dan South Africa Aku ringkaskan kan semua ini satu sebab ada antara mereka yang dari suku yang sama walaupun berlainan negara. Pengalaman di 9 negara ini memang akan mengubah persepsi terhadap orang kulit hitam. Bayangkan kalau telur rebus itu merupakan makanan mewah buat mereka untuk beberapa negara terbabit, betapa daifnya mereka ini. Ikan bilis yang ditangkap beramai-ramai, dibahagi sesama mereka sebagai lauk untuk sekeluarga dan bila dah dibahagi masing-masing mungkin dapat dalam segenggam saja. Tapi mereka tidak langsung meminta dan tidak juga cuba untuk merompak atau meragut kami. Salute dengan integrity mereka.

Dapatkan Ini

icon

Pos & Penghantaran

Pos laju

Temui Penjual

kedaiom
kedaiom
isFacebookVerifiedisEmailVerified
  • positiveReviewsCount203
  • neutralReviewsCount0
  • negativeReviewsCount2

ANDA MUNGKIN JUGA SUKA